+ don’t you look into my eyes and lie again
Hello, thank you for previewing SOMETHING! the 15th sun's skin. Please replace the words in this box with a very warmth welcome to your readers and followers. Lorem ipsum? Dolor sit emat. At vver eos et accusam dignissum qui blandit est praesent luptatum delenit.

blog name: nameless
online:
of:
owner: your name
ver.: Something!
followers: +100000
*replace with your ask.fm codes, please*
Thursday, December 4, 2014 at 3:34 AM with 0 comment(s)


Assalamualaikum, peace be upon to you J

Tadi aku pergi Giant dengan family aku untuk beli barang dapur. Masa bayar kat cashier, aku dengan adik-adik aku keluar dulu sebab nak beli cool blog dengan ada la makanan sikit. So kitorang pergi cool blog dulu, lepas dah order adik aku Izzuan tunggu kat situ. (Tunggu order kitorang siap). Aku dengan adik aku Ikhwan pergi beli makanan. Kat luar Giant tu ada banyak stalls, so kitorang pergi kat stall yang jual makanan bergoreng such as keropok lekor, samosa blablabla.

Upon reaching there, (ayat karangan English jap) ada mamat selenger sebelah aku dengan mak dia, tengah fikir fikir nak beli apa. Aku dengan adik aku cam fikir-fikir la gak nak beli yang mana satu sebab makanan kat situ banyak. Aku tengah tanya adik aku, “Dik nak beli apa?” Tetiba je………
“KAU NI RETI MENIAGA KE TAK?! KALAU TAK RETI DUDUK TEPI BOLEH TAK?! AKU NAK BELI TAPI KAU CHATTING CHATTING blablablabla!” Mengamuk sakan orang laki sebelah aku memaki maki akak penjual tu.

Aku dengan adik aku yang kat sebelah dia ni pun dah terkejut macam beruk mak yeh. Ni jembalang ghost rider mana nak mengamuk depan Giant ni. Masa dia tengah maki tu aku macam buat bodoh jela takdelah nak ternganga tengok dia maki sebab daripada masa kat cashier lagi aku dah tengok mamat selenger ni muka macam apa je tak reti senyum, pakaian selekeh. Sekali marah kalah naga kat tasik chini.

Apa yang mengejutkan aku adalah kakak penjual tu tak buat dosa apa pun. Dia cuma tengah berbual je dengan kawan dia masa mamat selenger ni datang. Si mamat selenger ni boleh pulak nak memaki tetiba. Dah la mamat selenger ni lagi muda daripada kakak tu. Mana hilang rasa hormat? Mak mamat selenger tu pun boleh pulak support anak dia yang jembalang ni sambil cakap “Aah la, saya nak beli tapi awak berbual-bual” SALAH KE KAKAK TU NAK BERBUAL? Kerana dia seorang penjual, dia tak boleh berbual? Apa ke baghal punya mamat selenger la.

 Boleh je kot dia tegur kakak tu baik-baik, just cakap “Kak, saya nak beli ni blablabla’’ Tak berdosa pun cakap baik-baik daripada memaki hamun macam jembalang ghost rider kat situ. Pehhhhhh aku serious geram gila dengan mamat selenger tu. Aku macam nak tegur dia, kang aku pulak dia maki kat situ. Dah la depan orang ramai kan. Hish. Kakak penjual tu pun macam nak nangis dah.

Lepas beli makanan kat situ, aku pergi coolblog semula. Aku tengok mamat selenger tu dengan mak dia jalan terkedek-kedek nak pergi kereta. Si mamat selenger tu siap angkat-angkat tangan tanda memaki hamun kakak penjual tadi. Dalam hati terdetik “Kereta apa la mamat tu naik?” Bukan apa. Sebab perangai dia macam orang tak berpelajaran. Kalau orang berpelajaran mestilah pandai, naik kereta mewah, perangai tak memaki hamun depan orang ramai. Sebenarnya kalau mak dia reti didik anak dia, mesti lah anak dia tak memalukan orang lain kat situ. Ni mak dia pun support anak dia marah. Kat situ dah terserlah satu kebodohan, anak dia nak memalukan orang lain, tapi malukan mak sendiri jugak sebab orang akan cakap, mak tak reti didik anak, siap support lagi anak maki hamun depan orang ramai.

Apa yang aku cuba sampaikan tak banyak pun, cuma hormatilah sesama kita. Mamat selenger tadi tu dah lah orang Islam. Bila dia memalukan orang lain depan orang ramai, apa pandangan non-muslims terhadap orang Islam?

Lepas tu, betullah apa orang cakap. “Orang tak kisah pun fizikal and peribadi kau macam mana. Tapi bila kau berperangai tak senonoh, mula lah orang ungkit macam-macam pasal fizikal kau, pasal peribadi kau.”
Sebab tu lah kena jaga adab kita dekat mana sekalipun. J